03-6127 2416 / 012–933 0361 amazsalon@gmail.com

jenis jenis colour rambut-min

 

NO 1 ialah warna yang Kekal,

Pewarna yg bersifat kekal mengandungi amoniak yg berfungsi utk membuka kulit rambut, supaya warnanya meresap ke dalam lapisan kulit rambut. Warnanya pun x hilang 100% dr rambut, sebaliknya ia hanya memudarkan warna rambut kalau sudah di pakai terlalu lama dan akan hilang apabila rambut di gunting.
NO 2, Semi-Kekal

Pewarna ini tidak mengandungi amoniak, maka pewarna jenis ini akan beransur-ansur pudar jika terlalu kerap di cuci. Namun pewarna ini sesuai bagi yang ingin melakukan untuk menutupi uban .

NO 3, Sementara

Warna sementara dalam pewarna rambut hanya melekat pada permukaan luar rambut sahaja dan hanya boleh bertahan sementara. Warnanya akan hilang apabila rambut dicuci. Antaranya warna rambut jenis ini ialah
foam warna, maskara rambut dan warna semburan.

NO 4, Highlight

Highlight bertujuan untuk menunjang tekstur potongan rambut supaya terlihat lebih menyerlah. Sentuhan warna-warnanya hanya pada bahagian-bahagian warna tertentu sahaja. Pada dasarnya, warna yang digunakan pada highlight ialah warna yang kontra atau lebih muda daripada warna dasar rambut. Bagi mendapatkan warna yang lebih sempurna, jenis pewarnaan biasanya bersifat kekal.

Ikhlas dr,

ROSE (Amaz)
Pengarah Urusan Amaz Muslimah Sdn Bhd
WEB : www.amaz-muslimah.com
FB Salon : https://www.facebook.com/Amazsalonmuslimah/
FB Spa : https://www.facebook.com/spamuslimahselayang/
I.G : instagram.com/amazsalonmuslimah